Polisi Penghantaran & Pertukaran dalam 30 hari
Kami di Canggih mahu anda berpuas hati sepenuhnya dengan setiap produk yang dibeli. Kami memahami bahawa membeli secara dalam talian mungkin mencabar dari segi saiz dan kesesuaian. Jika terdapat sebarang kecacatan pengilangan pada produk yang anda terima atau produk tidak sesuai dipakai, anda boleh memulangkan produk tersebut dalam tempoh 30 hari untuk pertukaran dengan mematuhi syarat-syarat yang berikut.
Terma dan syarat Pertukaran:
- Produk mestilah dalam keadaan seperti asal semasa diterima, lengkap dengan pembungkusan asal.
- Produk mesti dipulangkan dalam keadaan TIDAK DIPAKAI, TIDAK DIBASUH, TIDAK DIUBAH SUAI, serta SEMUA TAG MASIH TERPASANG.
- Pertukaran mestilah dipos semula dalam tempoh 30 hari selepas menerima pesanan, bersama resit pembelian (invois CANGGIH).
- Semua produk yang dipulangkan (termasuk item rosak) tanpa mematuhi syarat di atas tidak akan diterima.
- Kos penghantaran untuk memulangkan item akan ditanggung oleh pembeli. Namun, kos penghantaran untuk item pertukaran baharu akan ditanggung oleh Canggih.
- Barangan promosi / jualan lelong tidak boleh ditukar.
- Toleransi perbezaan ukuran sehingga 2.5 cm daripada ukuran yang diberikan adalah dibenarkan. Item dalam julat toleransi ini tidak dianggap sebagai cacat.
- Perbezaan warna mungkin berlaku disebabkan tetapan skrin komputer dan pencahayaan studio. Pertukaran atas sebab warna tidak akan diterima.
- Semua produk dihantar tanpa digosok. Kedutan pada pakaian tidak dikira sebagai kecacatan.
- Setiap permohonan pertukaran akan diproses oleh Jabatan Pertukaran dalam tempoh 3 hari bekerja selepas kami menerima bungkusan.
- Canggih tidak bertanggungjawab atas sebarang produk yang dibeli melalui pihak ketiga (bukan pengedar rasmi).
- Bungkusan yang tidak dituntut akan dilupuskan selepas 60 hari daripada tarikh e-mel notifikasi dihantar.
